Jumaat, 26 Februari 2016

PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN BERSAMA DARUL BARIYAH REMBAU

Jawatankuasa Surau An-Nur dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau telah menganjurkan program rawatan dan pemulihan bersama Darul Bariyah Rembau. Program ini adalah tindakan yang diambil rentetan daripada gangguan yang berlaku terutamanya dikalangan pelajar. Program ini telah dilaksanakan selepas solat fardhu isyak dan dikendalikan oleh perawat dari Darul Bariyah Rembau dan Darussyifa Negeri Sembilan. 






Program dimulakan dengan solat fardhu isyak yang telah diimamkan oleh Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin. Sejurus selepas itu, jamaah bersama-sama menunaikan solat sunat hajat dan bacaan yasin serta ayat-ayat ruqyah. Seramai 20 orang pelajar yang telah mengalami gangguan hesteria dirawat pada malam tersebut. Program berakhir jam 11.00 malam. 


Tiada ulasan: