Ahad, 26 Jun 2016

SOLAT TARAWIH DAN TAZKIRAH RAMADAN BERSAMA MAPIM

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini, Jawatankuasa Surau An-Nur dengan Kerjasama MAPIM telah menganjurkan program Solat Tarawih dan Tazkirah Ramadhan bersama MAPIM. Program yang julung kali diadakan ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar khususnya warga Semesra untuk mengetahui perkembangan saudara-saudara seagama dan sebaya yang berada di Syria. 


Program telah dimulakan dengan solat fardhu maghrib yang telah diimamkan oleh Imam 1 Surau An-Nur, Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin dan Solat Isyak dan Tarawih oleh Imam dari Syria, Sheikh Yasir. Selepas Mengimamkan solat Tarawih, beliau telah memberikan beberapa peringatan kepada sidang jamaah yang berkenaan dengan tanggungjawab serorang Muslim terhadap saudara Muslimnya yang lain. 


Dalam majlis yang sama juga, Wakil daripada MAPIM, Ustaz Muhammad Fuad telah menyampaikan taklimat berkaitan MAPIM dan gerak kerja yang dilaksanakan oleh pihak MAPIM dalam membantu saudara-saudara muslim khusunya di Palestin dan Syria. Program ini juga memberikan gambaran kepada pelajar mengenai tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan serta persediaan dalam menghadapi cabaran Islamisasi pada masa akan datang. Majlis berakhir jam 11.00 malam 





Tiada ulasan: