Jumaat, 7 September 2018

PROGRAM CUBIT CUBIT SAYANG BERSAMA USTAZ EBIT LIEW

Pada 6 September yang lalu, Pihak Sekolah telah mengundang penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew untuk bersama-sama memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga semesra. Program yang julung kali dianjurkan ini adalah inisiatif daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam. 


Antara isi yang disampaikan oleh Ustaz Ebit ialah kita sewajarnya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dikurniakan nikmat Islam dan Iman serta nikmat kehidupan diatas muka bumi. Ustaz juga turut berkongsi pengalaman dan ranjau yang dilalui sepanjang hidup beliau dan cabaran beliau dalam menyebarkan dakwah islam kepada orang islam dan bukan islam di seluruh Malaysia. 

berikut beberapa gambar yang dapat dirakamkan sepanjang program berlangsung. 












Tiada ulasan: