Ini adalah kenyataan!

Ceramah bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari. Semua warga SEMESRA berkumpul di Surau SEMESRA untuk mendengarkan ceramah yang jarang sekali dapat dihadiri tambahan pula ceramah itu disampaikan oleh seorang bekas paderi di Kuching.
Menarik bukan? Namun itu bukan ukurannya sekarang ini. Beliau sekarang ini beragama Islam dan di dada beliau sudah banyak ilmunya. Wajah tua beliau begitu jelas terpancar segala cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. ilmu di dada beliau itu dikongsi bersama-sama kami semua. Beliau banyak menceritakan mengenai kepalsuan agama Kristian, kitab Injil dan kehidupan beliau semasa menjadi seorang paderi suatu ketika dahulu. Pengalaman demi pengalaman dikongsi bersama membuatkan warga SEMESRA sedar betapa pentingnya menjaga kesucian agama Islam.
Bagi sesi petang, beberapa orang pelajar menyertai ceramah keduanya.. Kali ini beliau sendiri memberikan kami kitab Injil itu dan membenarkan kami membacanya. Beliau menerangkan beberapa ayat daripada kitab itu. Sesi itu memberikan kami ruang untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai segala- galanya. Beliau tidak lokek ilmu dengan kami malah memberi kami banyak nasihat dalam menjaga agama Islam sendiri untuk mengelakkan Islam ditindas.
Ceramah yang disampaikan oleh beliau amat bermanfaat. Majlis ilmu ini ditutup dengan penyampaian cenderamata daripada pihak SEMESRA yang diwakili oleh Encik Baharuddin diiringi Ustaz Roseli.
Semoga akan ada lagi ceramah sebegini pada masa akan datang. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan