Tazkirah berfokus ini telah disampaikan oleh saudara Muhammad Irfan bin Muhamad Nasir yang merupakan alumni Zealous Cycle 3. Program yang julung kali dianjurkan ini bermula pada jam 8:00 malam bertempat di Dewan Solat Utama Surau An-Nur.
Program ini melibatkan semua murid Sekolah Menengah Sains Rembau dan turut dihadiri oleh guru guru pendidikan Islam.
Antara isi penting tazkirah yang disampaikan ialah murid perl u mahir untuk menyusun masa yang sesuai dan membahagikan masa untuk ibadah, belajar , rehat dan bersosial. Ini kerana dengan membahagikan masa yang betul akan membantu murid dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan