Jumaat, 8 Jun 2018

MALAM BERSAMA PALESTIN - IHYA' RAMADHAN

Sempena Ihya' Ramadhan, pihak Aman Palestin telah dijemput untuk program pada 3 Jun 2018 bertempat di Surau An-Nur.

Sheikh Ahmad Ismail Muhammad berasal dari Palestin dan telah menetap di Jordan selepas dihalau dari rumahnya. Beliau telah mengimamkan solat Isya' dan Tarawih dan menyampaikan tazkirah berkaitan situasi di Gaza sekarang. Penterjemahan dilakukan oleh ustaz Ahmad Nawal dari Aman Palestin.

Warga SEMESRA telah mengutip sumbangan untuk Palestin dengan Tabung Kemanusiaan : Aid for Freedom khas untuk rakyat Palestin.

Turut hadir :
En. Shafian bin Ishak : PK HEM
Pn. Hamidah binti Hanib : GKMP Kemanusiaan
dan guru-guru Panitia Pendidikan Islam.
















Rabu, 6 Jun 2018

MEMASAK BUBUR LAMBUK - IHYA' RAMADHAN 2018

Program Pertandingan Memasak Bubur Lambuk mengikut rumah telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau sebagai pengisian bulan Ramadhan.

Ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 6 Jun 2018
Waktu : 2.00 petang hingga 5.00 petang

Program dimulakan dengan merewang pada sebelah pagi dan memasak bersama guru-guru rumah pada waktu petang.
Setiap rumah diberi perisa dan tema masakan untuk bubur lambuk.

Bubur lambuk kemudian dibungkus dan diedar kepada seluruh warga SEMESRA untuk berbuka, dan lebihan bubur lambuk diedarkan kepada maahad tahfiz sekitar Rembau, pengguna tol Pedas-Linggi dan golongan asnaf.

Pelajar menyediakan bahan masakan bubur lambuk bersama guru-guru.
Semua MEREWANG.

















Memasak bubur lambuk sudah bermula.




























Bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat.