Jumaat, 13 September 2013

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PMR 2013

Pada 13 September 2013 yang lalu telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin bagi para pelajar PMR yang akan menghadapi peperiksaan mereka tidak lama lagi.
  
 Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hajah Norzila binti Idris. Dalam ucapan, beliau mengucapkan terima kasih atas kedatangan para ibu bapa ke majlis tersebut dan berharap agar semua pihak akan dapat bersama-sama membantu memastikan pelajar-pelajar Tingkatan 3 adalah berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi peperiksaan mereka.





Yang di-Pertua PIBG Tuan Haji Dahalan bin Abdullah telah dapat bersama-sama meluangkan masa untuk hadir dalam majlis ini. Solat Hajat dan bacaan Yassin telah dipimpin oleh Ustaz Nadzarul Amir.



Diharapkan agar seluruh warga SEMESRA akan terus mendoakan kejayaan para pelajar Tingkatan 3 dalam peperiksaan PMR mereka yang akan berlangsung pada 2 Oktober nanti. Kepada semua para pelajar Tingkatan 3, diharapkan akan terus membuat persediaan yang terbaik bagi memastikan kejayaan 8A di dalam genggaman.

Tiada ulasan: