Selasa, 30 Ogos 2016

CERAMAH SEMPENA KEMERDEKAAN “PENGISIAN KEMERDEKAAN DALAM JIWA ANAK MUDA”

Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini, Jawatankuasa Surau An-Nur dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program ceramah kemerdekaan bertajuk Pengisian Kemerdekaan Dalam Jiwa Remaja. Program yang telah diadakan bertujuan memberikan pengisian kerohanian kepada pelajar khususnya dalam mengisi kemerdekaan yang disambut.


Program bermula selepas solat fardhu maghrib dan telah disampaikan oleh Ustaz YM Tengku Noriftah bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Dalam ceramah yang disampaikan diharapan ratusan pelajar semesra, beliau mengingatkan kepentingan mengisi kemerdekaan serta kefahaman yang betul mengenai konsep kemerdekaan dalam Islam.



Beliau turut memberikan beberapa kesan yang akan berlaku sekiranya kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar tidak dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya.






Tiada ulasan: