Sabtu, 23 April 2011

Ceramah Kesedaran dari Tuan Haji Ayub Abdul Rahman

Ini adalah kenyataan!

Pada 23 April yang lepas, seorang bekas paderi dijemput khas diterbangkan dari Sarawak ke SEMESRA untuk memberi ceramah mengenai Islam yang sebenar. Bekas paderi ini bernama Tuan Haji Ayub bin Abdul Rahman atau nama asalnya ialah Anthonysamy. Beliau berasal dari Kuching, Sarawak. Sungguhlah apabila terdengar sahaja beliau ini seorang bekas paderi, membuatkan hampir seluruh warga SEMESRA terkesima. Betulkah beliau seorang bekas paderi?

Sabtu, 2 April 2011

Pengenalan Usrah bersama Tingkatan 4

Pada 1 April 2011, Satu sesi penerangan mengenai usrah dan gerak kerja khususnya kepada Naqib dan naqibah tingkatan 4 telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Sains Rembau. Taklimat dimulakan pada pukul 3 petang dan selesai pada pukul 4 petang. Sesi Penerangan dimulakan dengan ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Sains Rembau, Ustaz Rozeli bin Yahya. Sesi penerangan ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada naqib dan naqibah khususnya pelajar tingkatan 4 untuk memahami konsep usrah yang ingin diterapkan oleh badan dakwah sekolah dan tujuan usrah.