Khamis, 16 April 2015

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN DAN KHUTBAH GERHANA BULAN

Jawatankuasa Surau An-Nur dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SM Sains Rembau telah menganjurkan program Solat Sunat Gerhana Bulan dan Khutbah Gerhana Bulan peringkat SM Sains Rembau.  Program telah bermula selepas solat fardhu maghrib yang telah dipimpin oleh Imam Satu Surau An-Nur, SM Sains Rembau, Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin. 




Majlis diteruskan dengan taklimat dan penerangan berkaitan Solat Sunat Gerhana Bulan oleh Ustaz Nadzdzarul Amir seterusnya mengimamkan solat sunat gerhana bulan. Sejurus selepas itu, Khutbah Gerhana Bulan telah disampaikan oleh Saudara Amir Muhamad Uqail bin Haizul, Naib Pengerusi Badan Dakwah dan Rohani.
Antara intisari khutbah yang disampaikan :
1.       Gerhana Bulan yang berlaku merupakan salah satu daripada kejadian alam ciptaan Allah untuk manusia mengkajinya.
2.       Gerhana Bulan menguji keimanan orang mukmin terhadap kekuasaan Allah.
3.       Setiap orang yang beriman perlulah mengakui kekuasaan Allah

Majlis berakhir jam 10.30 malam dan para pelajar pulang ke asrama sejurus selepas selesai solat fardhu isyak. 

Tiada ulasan: