Khamis, 27 Ogos 2015

Ceramah Jatidiri Remaja Muslim Bersama PU Azman

Jawatankuasa Pengurusan Surau An-Nur SM Sains Rembau telah menganjurkan program Ceramah Agama bersama Pencetus Ummah Azman. Program yang diadakan ini merupakan salah satu daripada agenda Surau untuk tahun ini


 Majlis bermula dengan solat fardhu maghrib secara berjamaah dan diimamkan oleh Tuan Imam 1, Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan ceramah motivasi remaja yang telah disampaikan oleh Ustaz Azman Syah bin Alias (PU Azman).




Beliau banyak menyentuh berkaitan jatidiri remaja muslim serta cabaran yang dihadapi oleh remaja muslim khususnya di Malaysia
Antara intipati ceramah beliau :
    1.       Remaja muslim perlu ubah sikap serta mengambil contoh remaja dan muda mudi zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
     2.       Membuat perancangan yang rapi dalam menempuh dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
     3.       Mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental serta mempertingkatkan kefahaman terhadap Islam.
4.       Menghindarkan diri daripada perkara-perkara negatif dan maksiat.
5.       Menghidupkan amalan-amalan yang baik.


 Majlis berakhir dengan solat fardhu isyak dan jamuan untuk penceramah di kantin sekolah. 

Tiada ulasan: