Rabu, 19 September 2018

PROGRAM SENTUHAN KASIH SEMPENA PT3 2018

Kapten RJ Beraksi 
Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Surau An- Nur SM Sains Rembau telah  menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat serta Slot Motivasi Sentuhan Kasih bersama Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 3. 

Program yang merupakan salah satu daripada program tahunan yang dilaksanakan menjelang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga ini merupakan inisiatif pihak sekolah bagi memberikan kekuatan dan sebagai persiapan akhir para pelajar tingkatan tiga yang bakal menduduki peperiksaan.

Ibubapa yang berkesempatan hadir 

Anak-anak memohon kemaafan kepada ibu dan ayah


YDP PIBG mengetuai bacaan yasin 
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan galakan kepada pelajar dan ibu bapa untuk membudayakan solat hajat dan berdoa. Selain itu program ini juga memberikan kesedaran kepada ibubapa mengenai keberkatan doa ibu bapa terhadap anak-anak serta mewujudkan kerjasama antara ibubapa dan guru untuk kecemerlangan pelajar.

 Program bermula jam 9.00 pagi di Dewan Solat Surau An-Nur SM Sains Rembau dan dimulakan dengan slot Motivasi Pelajar bersama Ibubapa dan Pelajar Tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun ini. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan Solat Hajat dan bacaan Surah Yasin. Semoga majlis yang dilaksanakan memberikan impak dan kesan yang terbaik buat semua pelajar tingkatan 3 tahun ini insha Allah.

Tiada ulasan: