Jumaat, 20 April 2018

Ceramah Israk Mikraj Bersama Ustaz Nor Irwan bin Zulkefly

Jawatankuasa Pengurusan Surau An-Nur SM Sains Rembau dengan kerjasama BADAR Semesra telah menganjurkan Ceramah Agama bersempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan rasulullah SAW serta mengingati sejarah perjuangan baginda serta sejarah penurunan perintah solat kepada ummat islam. Program yang bermula selepas solat fardhu maghrib ini telah dikendalikan oleh Saudara Muhammad Syabil, Ketua Lajnah Nuqaba. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Nor Irwan Zulkifli daripada Bangi Selangor. 






Antara isi penting ceramah yang disampaikan ialah: 

  1. Beliau mengingatkan bahawa solat merupakan salah satu daripada perkara yang penting yang akan disoal siasat oleh Allah SWT. 
  2. Solat merupakan tiang agama dan sesiapa yang melaksanakan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama. 
  3. Solat membezakan antara orang islam dan bukan islam. Ini kerana orang yang menunaikan solat akan sentiasa berada dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. 
Majlis ini turut dihadiri oleh penolong kanan HEM, Cikgu Shafian bin Haji Ishak, Guru Kanan Kemanusiaan, Puan Hajah Hamidah dan guru-guru Pendidikan Islam. 



Tiada ulasan: