Jumaat, 8 Jun 2018

MALAM BERSAMA PALESTIN - IHYA' RAMADHAN

Sempena Ihya' Ramadhan, Pihak Aman Palestin telah dijemput untuk program pada 3 Jun 2018 bertempat di Surau An-Nur. Program telah bermula selepas solat fardhu maghrib dan diimamkan olen Sheikh Ahmad Ismail Muhammad yang berasal berasal dari Palestin dan telah menetap di Jordan selepas dihalau dari rumahnya. Beliau telah mengimamkan solat Isya' dan Tarawih dan menyampaikan tazkirah berkaitan situasi di Gaza sekarang. Penterjemahan dilakukan oleh ustaz Ahmad Nawal dari Aman Palestin.

Warga SEMESRA telah mengutip sumbangan untuk Palestin dengan Tabung Kemanusiaan : Aid for Freedom khas untuk rakyat Palestin.
Turut hadir :
En. Shafian bin Ishak : PK HEM
Pn. Hamidah binti Hanib : GKMP Kemanusiaan
dan guru-guru Panitia Pendidikan Islam.














Tiada ulasan: