Sabtu, 11 Ogos 2018

Bengkel Pendidikan Islam SPM 2018

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur telah menganjurkan bengkel Pendidikan Islam SPM 2018. Bengkel yang dianjurkan pada kali ini merupakan salah satu daripada program kecemerlangan yang telah diaturkan dalam taqwim program kecemerlangan sekolah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat kepada pelajar tingkatan 5 sesi 2018 khususnya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang. Program telah disampaikan oleh Ustaz Yusri bin Yusuff daripada Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. 








Dapatan daripada program yang dilaksanakan, kebanyakan pelajar berpuas hati dengan penyampaian yang telah disampaikan oleh tuan penceramah. 

Tiada ulasan: