Sabtu, 11 Ogos 2018

Ceramah Agama Bersama Ustaz Nawal


Jawatankuasa Surau An-Nur dengan kerjasama BADAR Semesra telah menganjurkan program ceramah agama sebagai pengisian malam untuk anak anak Semesra.Program yang diadakan ini telah dikendalikan oleh saudara Akmal irfan bin Azman, Pengerusi Badan Dakwah Dan Rohani SM Sains Rembau. Ceramah agama yang dianjurkan kali ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga semesra kususnya para pelajar agar sentasa peka dengan perubahan yang berlaku dalam dunia pada masa kini, dan telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nawal bin Mazlan daripada Aman Palestin. Ceramah yang disampaikan bertajuk Islam dan Perubahan Dunia. 




Antara isi penting ceramah yang disampaikan ialah : 
  1. Sebagai ummat islam, kita seharusnya peka dengan perkembangan yang berlaku dalam dunia bagi memastikan kita tidak ketinggalan dan dilhat mundur oleh masyarakat sekeliling.
  2. kita sewajarnya mengambil peluang yang tersedia untuk memanfaat masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah dan meninggakan segala perkara yang sia sia. 
Turut hadir dalam  majlis 
1. Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin 
2. Ustaz Muhamad Shahizam bin Harun 
3. Ustazah Murni binti Buchik 

Tiada ulasan: