Ahad, 12 Ogos 2018

Bengkel Solat Sempurna

Jawatankuasa Surau An-Nur SM Sains Rembau dengan kerjasama BADAR Semesra telah menganjurkan Bengkel Solat Sempurna bertempat di Surau An-Nur SM Sains Rembau dan melibatkan pelajar tingkatan 1/2018. Program ini dianjurkan bertujuan memberikan kefahaman kepada pelajar khususnya berkaitan solat serta perkara-perkara yang boleh membatalkan solat. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan dikendalikan oleh Jawatankuasa BADAR Semesra.


 Program telah dimulakan dengan pengisian ceramah yang telah disampaikan oleh Ustazah Jamiah daGuru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Agama Dato' Kelana Petra Maamor Seremban. Ustazah telah menerangkan tentang kepentingan solat serta perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan solat serta cara menunaikan solat dengan betul. 







Sejurus selesai sesi penerangan oleh Ustazah, para peserta telah mengikuti bengkel tasmik bacaan dan tahsin cara menunaikan solat yang betul yang dibimbing oleh fasilitator BADAR Semesra. Daripada dapatan yang diterima kebanyakan peserta berpuas hati dengan apa yang telah disampaikan oleh Ustazah penceramah jemputan dan bengkel yang telah diadakan oleh fasilitator BADAR. 


Tiada ulasan: